Masih menanti Prince Charming?
Sukar untuk mencari mereka yang
sesuai? Katakanlah si gadis ada menyimpan perasaan pada seseorang. Tentu
si gadis sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah
kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman
rapatnya....
1hb - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil memenangkan fikiran.
Ajaklah
si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia
memainkan satu lagu dengan petikan gitar ataupun tiupan seruling khas
untuk kamu. Tentu si dia terfikir kamu mempunyai citarasa yang sama dengannya.
Kira sesuailah tu!
2hb
- Kamu boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear
kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan
malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si
dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan
berputik pula ..
3hb - Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu
harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong
atau berkhemah dan ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk
bersamamu. Apa kata kamu
berkongsi minat dengan si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.
4hb
- Kurang berkeyakinan dan takut mencuba sesuatu yang baru. Hah! Senang
saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bvercadang untuk melakukan
sesuatu perkar, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakkan padanya.
Katakan yang si dia mampu untuk melakukan perkara tersebut. Dengan
semangat yang kamu berikan itu pasti si dia rasakan hanya kamulah teman
setianya.
5hb - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai
seseorang,
sukar baginya berterus terang. Cuba perhatikan tingkah laku si dia
terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda
kamu
menyenanginya untuk membuatkan si dia tidak ragu-ragu untuk memiliuh
kamu sebagai pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!
6hb
- Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan
bersedia membantu sesiapa yang bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu
tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata
kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi dan sentiasa bersama
dalam keadaan susah ataus senang. Mungkin si dia akan terus tertarik
padamu. Siapa tahu!
7hb - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan yang tak
sepatutnya
dilafazkan sehingga menyinggung perasaan orang lain. Adakalanya boleh
menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dalam
mood yang baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia
mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia 'makan' nasihat
8hb
- Si dia agak pendiam dan menyukarkan kamu untuk mendekatinya. Si dia
hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau
berbicara soal yang tidak berfaedah. Dengan ini, kamu perlu bijak untuk
mmancingnya dengan topik-topik yang tip top agar si dia tahu yang kamu
seorang yang berotak!
9hb - Seorang yang pandai mengambil hati
dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya kamu
mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yang
kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini
boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok le tu! Kalau tiada
masalah, ciptalah! Sesekali takpe...
10hb - Seorang yang jujur,
berterus terang dan akan beruasaha mendapatkan apa yang diinginnya. Si
dia mudah disenangi orang sekelilingnya dan kamu pula harus pandai
mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya
khabar dan mengambil berat ketika si dia sedang
murung
11hb -
Mementingkan kerjaya adakalanya sampai lupakan kehidupan sosial. Apa
kata kalau sesekali kamu mengajak si dia menemani kamu menhadiri majlis
yang dianjurkan oleh teman-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu
memikirkan sosial kerja dan dia juga perlukan rehat yang cukup. Kerja
.. sampai mati pun tak habis!
12hb - Lebih bersikap sederhana.
Tidak suka memikirkan hal remeh temah, Bagi mereka yang penting adalah
kerjaya dan soal masa depan. Untuk menambat hati si dia senang je,
seseorang itu harus belajar bersikap sederhana dan tidak terlalu
mengongkong. Sempoi dan jangan tercaring-caring...
13hb - Tegas
dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorang ini
cepat merasa bosan. Namun yang pasti jauh di sudut hati, mereka ini
memang jenis yang penyayang walaupun bukan dibuktikan dengan kata-kata.
Nak tackle? Jangan terlalu manja dan belajar hidup berdikari tanpa
mengharapkan pertolongan orang lain
14hb - Berjiwa penyayang dan
sukakan kanak-kanak. Ada ciri-ciri bapa mithali la ni. Si dia juga
mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu
berpelung mengenali
keluarganya, belilah jiwa ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain. Apa
yang penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi
seluruh keluarganya.
15hb - Suka memendam rasa. Mungkin di
wajahnya mengukirkan senyuman namun di hati siapa tahu? Bagi kamu yang
memang semulajadi manja dan caring, amat sesuai untuk mereka jenis ini.
Yang penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hati si dia
tidak tersinggung.
16hb - Garang! Walaupun garang adakalanya
dia mempunyai sikap yang romantik dan penyayang. Tapi awas! Jika kamu
tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki
jenis ini amat sukar untuk didekati. Untuk mendekatinya, seseorang itu
haruslah bersikap lemah lembut dan pendiam
17hb - Lembut. Sekali
pandang mungkin kamu menggambarkan si dia jenis yang lembut. Namun
sebenarnya mereka juga seorang yang tegas dalam membentuk keharmonian
sebuah perhubungan. Nak tahu bagaimanakah cara untuk
mendekatinya? Senang je ... ambil berat dan jangan ambil peluang di
sebalik sikapnya yang lembut.
18hb
- Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan
hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya
kamu terpaksa berjam-jam lamanya untuk si dia menyiapkan potretmu. Time
nilah kamu kena maintain ayu!
19hb - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia akan suka sekiranya
kamu
melayannya
seperti baby. Melalui lirikan dan senyuman manjamu sudah cukup untuk
menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu
memberinya kata-kata puitis padanya. Jiwang karat le pulak!
20hb
- Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi yang
mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu
juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu
kamu untuk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia untuk
mengetahui rahsia yang disembunyikan itu
21hb - Sering bersikap 'moody' tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia
gemar
bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu
hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi
kamu yang jenis sempoi dan tak kisah amat sesuai untukmereka yang
bersikap moody
22hb - Agak emosional dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya
mudah
cair dengan pujuk rayu seseorang agdis. Ini bukan bermakna kamu kena
pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah
lembut dan sopan santun bila berhadapan dengan si dia. Kontrol ayu!
23hb - Seorang yang agak ego, moody dan mementingkan diri sendiri. Si
dia
juga mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu
membuatkan kamu makan hati, kenalah kamu ertahan kalau benar kamu
sayangkannya. Nak tahu bagaimana hendak menawan hati si dia? Senang
saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit
punya!
24hb - Seorang yang takut menghadapi kekecewaan mungkin
disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tiak mahu si dia menganggap
kamu seperti kekasihnya yang sebelum ini pernah melukakan hatinya, jadi
kamu harus membuktikan yang kamu lain dari yang lain. Misalnya setia
dalam perhubungan jangan pandang lelaki lain ketika bersamanya.
25hb - Happy go lucky dan gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau
kamu
pun bersikap begitu. Bertambah ceria lagi perhubungan kamu nanti. Tapi
kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh
pula. Haru!
26hb - Si dia adalah seorang yang mudah dipengaruhi.
Jangan terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang
ditawan tetapi banyak rintangan yang terpaksa dihadapi. Si dia meminati
gadis yang berkarektor dan tahan lasak. Apa kata kalau kamu mengajak si
dia melakukan aktiviti lasak seperti payung terjun. Pasti si dia
menyukainya.
27hb - Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya
berjiwa sentimental. Kamu pula jangan cuba mengambil kesempatan ke atas
dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga
perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dengan si dia
28hb - Si dia suka memerintah. Teruslah macam ni. Kamu perlu tahu
mengawal
perasaan kamu sekiranya si dia bersikap begitu terhadapmu. Apa kata
kalau kamu mengingkari arahannya dan katakan padanya mengapa kamu
berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dapat mengubah sikapnya
itu
29hb - Seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan
manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat
jual mahal dan tentunya si dia ingat kamu ni jenis yag susah nak di
tackle. Tentu dia rasa tercabar dan akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi
...
30hb - Seorang yang boros berbelanja terutamanya
'memekapkan' kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya dan kalau boleh
beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa
depan. Tentu dia terfikir kamu seorang yang merancang untuk masa depan
31hb
- Gemar bergaya dan mementingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis
yang berpesonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini
kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan
trendy...
Sunday Rambling
13 years ago

0 comments:
Post a Comment