TENAGA DALAMAN @ POLA 38: Sejak saya perkenalkan dan mengamalkan teknik-teknik tenaga dalaman termasuk teknik pola 38 dan memakai haruman Auralife bernombor 38, kekuatan gerak hati makin terserlah. Tak sabar rasanya untuk tunggu berdoa 4 Januari nanti (iaitu pola gerhanasuperpower dengan pola 38 serta pola 459 berulang-ulang dan 3 di tengah mata angin - energi luar biasa) untuk menambahkan lagi "power" pola 38. Saya tidak dilahirkan dengan pola 38 dan ini menunjukkan setiap orang boleh menghasilkan kekuatan pola 38 jika kena dengan caranya - berdoa (4 Januari pola 38 + gerhana), produk (Auralife 38), ilmu (Kursus Pola 38), latihan (Teknik Pola 38).
.
Mari ambil kesempatan untuk kita berdoa bersama pada 4 Januari ini kerana ianya sangat istimewa - harinya pola 38 jatuhnya gerhana matahari iaitu bukan calang-calang hari yang power. Di dalam metafizik, gerhana matahari dikaitkan dengan "permulaan baru", maka elok jugalah kena dengan tahun baru. Satu hadis Nabi saw ada menyatakan apabila terjadinya gerhana matahari, eloklah kita solat (sunat) dan berdoa. Jadi, inilah kesempatan kita ambil satu ikhtiar untuk berdoa supaya kita memiliki tenaga dalaman / gerak hati (pola 38) yang kuat.
.
Beberapa pengalaman saya dengan gerak hati semenjak mengamalkan pola 38:
.
1. Sehari sebelum kursus 1 Januari lepas, saya mahu sediakan nota peserta. Gerak hati saya beritahu saya perlu sediakan 5 nota sahaja. Keesokkannya, memang 5 orang peserta datang. Pada kursus sebelum ini, gerak hati beritahu saya perlu sediakan 17 nota, esok kursusnya memang 17 orang yang datang. Walaupun gerak hati ini biasa sahaja, tapi kalau kita dapat manafaatkan dalam bisnes, kerjaya dll, tentunya ia membantu, bukan?
.
2. Selepas kursus, saya naik kereta untuk pulang ke rumah, tapi jalan pula sesak depan pejabat. Tapi saya nak buat U-turn juga di jalan tu sebab senang tapi jalan sesak tak mungkin boleh mencelah. Jadi saya pandu ke depan sikit, dan elok je ada ruang kosong untuk saya U-turn! Ini dah kerap kali berlaku tiap kali nak U-turn ada ruang kosong pula.
.
3. Pada sebelah malam, saya sekeluarga keluar ke pekan untuk membeli belah peralatan sekolah, tapi jalan sangat sesak mungkin ramai juga mahu beli belah. Tengok parkir sangat penuh sampai ke luar kawasan kedai. Tapi saya redah juga masuk ke kawasan kedai dan memang ada parkir kosong depan kedai yang saya nak pergi.
.
4. Selepas selesai membeli belah, kami bercadang ke KFC, sekali lagi jalan sesak dan parkir untuk masuk KFC juga penuh. Sampai saja depan KFC, elok saja sebuah kereta keluar parkir dan saya dapat masuk parkir depan KFC. Kes parkir kosong sebegini selalu berlaku dan ianya tentu menjimatkan masa. Begitu juga kerap berlaku, lampu isyarat sentiasa hijau setiap kali saya memandu.
.
5. Dua hari lepas, saya balik dari Puchong dan keluar di tol Bkt Raja NKVE. Saya bercadang untuk ke Jusco Bkt Raja. Selepas tol ada simpang pecah dua - kiri atau kanan dan kedua-duanya boleh ke Jusco. Saya nak pilih susur kiri kerana jalannya mudah ke Jusco, tapi gerak hati saya nakkan saya ikut susur kanan, tapi saya tak mahu kerana jalan susur kanan agak rumit. Bila saya masuk susur kiri je, nah, jalan sesak! Dahlah tengah senak perut, alahai kalaulah boleh undur kereta masuk susur kanan tadi.... :(
.
6. Saya dah lama nak cari satu unit projektor baru yang ada zoom sebab yang sedia ada sekarang tiada zoom. Tapi unit yang baru harganya mahal ribu RM. Seminggu lepas saya singgah Setia Alam dan parkir depan satu kedai komputer. Nah, kedai tu ada promosi projektor zoom yang 2nd hand cuma berharga RM400 je! Apalagi, terus lah beli. Settle problem!
.
7. Saya baru membeli sebuah Digital Piano Celviano untuk anak-anak saya yang belajar piano dengan diskaun RM1,000. Asalnya, itu harga promosi 1- 31 Dis lalu yang saya nampak ketika lalu di depan kedai itu pada Dis lalu, tetapi saya tak sempat kumpul duit untuk belinya, cuma tadi dah ada duit saya telefon bertanyakan apakah promosi itu masih ada dan tentunya jawapan harga promosi dah habis. Beberapa jam kemudian, jurujual itu telefon semula dan tawarkan sebuah piano tersebut pada harga promosi... dapat juga akhirnya piano itu!
.
Ini baru "preview" kekuatan tenaga dalaman/ gerak hati yang simple saje tapi berkesan. Saya percaya kita mampu menjanakannya lebih kuat untuk menjadikannya satu kelebihan kepada kita. Tidak hairanlah jika ada kisah orang boleh terbang, berjalan atas air dan seumpamanya kalau tenaga dalaman begitu kuat.
.
Tahukah anda kekuatan pola 38 / 83;
1. Asmaul Husna (99 nama-nama Allah) pada posisi 83 adalah Al-Malikul Mulk iaitu "pemerintah / kekuasaan / kedaulatan" manakala posisi 38 pula ada Al-Hafidz "pemelihara".
.
2. Posisi 38 daripada Hadith 40 pula adalah satu hadis terjemahannya;
"Dari Abu Hurairah ra katanya, Rasullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman: Barangsiapa yang menyakiti wali-Ku, maka sesungguhnya Aku memaklumkan perang kepadanya. Dan tiada mendekati hamba Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai dari mengerjakan apa yang telah Aku fardukan ke atasnya. Dan sentiasalah hambaku mendekatkan dirinya kepada Ku dengan melakukan segala yang sunat hingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, adalah Aku yang menjadi pendengarannya yang ia dengar dengan dia, dan penglihatannya yang ia melihat dengan dia, dan tangannya yang ia tamparkan dengan dia, dan kakinya yang ia berjalan dengan dia, dan demi jika ia meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan kepada dia, dan demi jika ia meminta perlindungan kepadaKu, nescaya Aku memperlindungi dia". Diriwayatkan oleh Bukhari.
Sunday Rambling
13 years ago

0 comments:
Post a Comment